Monday, December 31, 2012

End Year Giveway by Aisyhah and Zaa Tyra

Assalamualaikum w.b.t..

Macam lelah je Cik Wana nak join ni..sebab apa ? sket lagi nak hbs..Jam 3.00 PTG..OmG!! HARAP SEMPAT !!! 

ok..straight to da point...ok..ni banner Giveaway....sapa2 yang nak join..boleh klik pada banner kat bawah..still sempat lg ni..cepat3!


ok...cik wana nak tagged...dekat  kawan cik wana..ha...ni dia..

ok Done!!( hopefully dapat menang..^^)

Friday, December 28, 2012

Holiday Giveaway by Rochelle

Assalamualaikum w.b.t.
Today, Cik Wana nak join satu GIVEAWAY...tadaaa...kat bawah tu bannernya..kalu korang nak join..blh klik pada banner bawah tu yer...ada a few days lagi nak expired giveaway nim..cepat2 join tau..kalu ade yang terbaca ^^. Hadiah yang ditawarkan pun SUPER DUPER au!! ^^



Saya tagged 2 rakan saya..ct Saqynah dan einiey
okep! haa..and the last..ni tagline...
Giveaway ni dianjurkan oleh Rochelle dan dimeriahkan oleh Azzah,YummyCoklet,Pink BubbleGum Princess,kak Mia Liana,Odah One Bizz,Ridoma dan Cik Buaya selaku sponsor untuk Giveaway kali ini.

okbubye!

Wednesday, December 26, 2012

uNisza Banjir di Minggu Study

Assalamualaikum w.b.t. ...

Apa kabar korang sumer ?? ^^ Cik Wana tanyer kaba sebaaabb..sekarangkan musim banjir..n kesihatan pun mungkin merundum an an an ? hopefully..korang in pinky in health la yer...and to anybody yang kesihatannya kurang memuaskan tu..yang slesema, demam n sewaktu dengannya..Don't forget makan ubat yer..untuk bg kejutan sket dekat antibody yang lemah tu...or korang buleh ambik vit C...Cik Wana sejak amalkan pemakanan Vit C ni...alhamdulillah...demam xmau dtg dekat...dia takut kowt! ehehe...tapi itu semua dengan biiznillah...right ?? betul laa...!

Banjir di minggu stdy Week!! ohhhh...yaw! amatlah menduga para student(s) seperti Cik Wana nim....bila hari dah hujan,dari pagi sampai ke petang dari hari ke sehari..OMG! maka cuaca pun agak sejuk...dan dah bila cuaca dah sejuk korang faham2 la kan...maka di dalam kain selimut la tempat bertapa!! hahhaa..maka itu haruslahh.....betol x ? korang ngaku je la...kan kan..korang pun mcm ni kan ?kan ?eleh..nak cover la tu..ala..xpyh cover2...dah mmg mcm tu pun.weeeeeeeeee~~ 

A few days ago..uNisza di landa banjir!!...banjir sgt ker ?? BUT...Cik Wana rasa bukan banjir pown..nampak gaya la...!air jadi melimpah ruah tu..mungkin disebabkan sistem perparitan yang agak jatuh la lowclass gamaknyer...sebab apa ? bila hujan berenti..air cepat je surut..nampak sgt la kan..hurmm...aku pulak yang tinggal nun jauh terkebelakang..( erkkk..betul ke ayat aku ni ?? ahh..hentam je la..) dekat dengan hutan2 bagai..huh..bila air dah melimpah ruah..maka tempat aku la yang jd tumpuan para air (rosak bahasa!hahaa)..nak kuar pegi mana2 pun kena harungi air yang berliku2...(apa ni ?? kuat plk aku mengarut..).Ok...fine! bila perut lapar dan meminta tolong untuk di ec...cik Wana pun terpaksa la harungi air yang agak hitam..ahhhh..dlm pikiran mcm2 pk...dalam air ni apa yang xde...semua ada..cacing.siput..dan yang paling aku paling takut sekali..takut terpijak ularrr!! xmao xmao..ya Allah..jauhkan aku dari semua yang berbisa...nak masuk dalam air tu mesti mengucap 2 kalimah syahadah dulu..mane tahu..masuk2..terus mati..kan kan..takut jugak..sebagai laangkah berjaga2..sebab ada dah mangsa 2 student di patuk ular..takut weyhhh!!! masa berada di dalam air..Cik Wana dah xhiraukan orang skeliling daa..mata tertumpu dalam air..mana tahu kan jumpa sesuatu yang xdiingini..mulut plk terkumat kamit..bukan menyanyi weyhh...baca doa..baca zikir..mcm2..semoga dijauhi dri musibah dan gangguan makhluk ganas dalam air ter..

Masa mula2 nak turun dalam air banjir tu..tgk orang...aikkk...air xde la dalam sgt atas lutut sket je...boleh la..aku try harungi nak mencari sesuap nasi kan kan...okey..aku terus masuk..waaa..air yang tersgt sejuk..di campur angin dan ribut yang kuat..da la sorang2..berani kan?? aku tgk orang lain sume ade teman..aku je..xde..ade teman..tapi jauh...kalu jumpa pun..dekat cafe je la..diorang di utara  aku dekat selatan.hurmm..terpksa la jugak walaupun sorang2...THEN...aku terus je..OMG! tadi aku tgk  semua orang air ats lutut jer..nape aku dekat paha..hahaha..jantung mula berdebar dek rasa takut...tolong tolong tolong...rupanya2 aku xde la tinggi pon..perasan tinggi je kot before ni..hahahahaha..jeng krengg...cepat2 aku jalan..alhamdulillah..telah melepasi halangan dan rintangan..huh..lega!haha..lepas tu aku gelak je sorang2..lucu pun ada gak..haiyaaa...tuh la pengalaman paling menakutkan pd cuti stdy week nim.kui3..lepas tu..aku dah xturun da..bila air mula surut..bru aku turun balik..yey!kali ni..air takat betis je..yey!dah jd tinggi balik da..horeeeyyy!hahahaha..

ok..aku nak tempekkan sedikit gambr buat kenang kenangan banjir untuk sem ni..layannnnn~~


gmbar banjir depan foyer asrama Unisza..USTAZ AKILA..siap berbaju askar lg tu...dengan kayak kaler pink...nak berperang ke mana la gamaknyer...hahaha..geli hati tgk lagak ustaz hari tu..hehehe.


And..on today...Alhamdulillah....cuaca xde la seburuk a few days ago...nampak mcm nak membaikpulih dah tuh...air pun da kering..but still lg ada...kira dah nmpak jalan da la..ok la..Cik Wana pon dah xtakut lg dah nak kluar sorang2..huh..Xtau la kot2 lepas ni..nk bnjir lg..heheh...orang kata..3kali bnjir baru cukup kota dalam setahun...kan kan...

Last..untuk entry kali ni...cik Wana harap..final exam...blh berjalan dengan lncar...dan tunggu cik Wana sampai kampung dulu..kalu nak banjir lg..banjir la...hahahahaa...Wsalam. ^^.




Sunday, December 23, 2012

Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas

Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.
Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.
Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.
Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.
Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.
Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.
Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.
Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?
Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.
Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?
Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.
Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.
Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.
Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?
Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.

Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.
Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Assalamualaikum w.b.t .....salam sabtu buat semua...cik Wana nak update blog sket..untuk mencoret kisah beberapa hari yang lalu. Tetiba memori itu kembali berlegar di ruang minda cik Wana...heeee..sudah tentu memori itu tidak akan luput dari fikiran cik Wana..kecuali jika C.wana hilang ingatan..eheheh! mcm mintak la plk kan... xmao xmao la hilang ingatan sebab bnyak perkara penting yang manis yang pahit yang tawar dan juga yang masin yang telah terlakar sejak cik Wana dilahirkan..rugi la kalu xengat sume tu...semoga Allah merahmati hidupku..dan hidup para readers yang membaca ni jugak....^^

Aku sgt berterima kasih kpd Allah..kerana telah memilih aku sebagai antara pelajar cemerlang bg sesi 2011/2012 untuk sem 2 baru2 ni...alhamdulilah..dengan berkat doa dan usaha..dan juga suport dari pelbagai pihak...mak,pensyarah2 yang baik hati dan xlupa juga kpd rakan2 seperjuangan.tanpa kalian..siapa la saya.

Untuk itu..maka pihak Unisza..telah membuat satu majlis untuk meraikan pelajar cmerlang. OMG! alhamdulillah..amatlah ramai. penuh ruang di dalam dewan Gymnasium dengan para pelajar.sungguh meriah.Kitorang di arahkan supaya berkumpul ekut giliran masing2..sebab pd hari tu..kami diarak siap ade kompang segala bagai. Time tu..jantungku berdebar...mcm nak kahwin la plk...hahahaha...over doe! tapi sungguh..aku xtipu pun..mmg itu perasaan yang aku rasa.OK....abaikan!

Kemudian kami di arahkan masuk dan duduk di dalam dewan..haha..duduk bersila weyyy...bukan atas kerusi...mengamalkan budaya melayu katakan..ye ke?? ke xde krusi..wat ever la kan...yang penting...aku nak naik pentas..nak ambik sijil n kelikkk..bergmbr..hihoooo..xleh blah. Tapi bila C.Wana dah ada atas stage...xnmpak pun kamera..nak snyum pun xjd..nervous sgt kot.semua xnampak...nasib baik tangga cik Wana nmpak...kalu x..alamat terjun stage la cik Wana.kan kan kan.haha..

OK...sungguh happy bila mendapat anugerah itu walaupun hnya sekeping sijil. Sungguh bermakna. Ramai jugak la wakil dari Usuluddin sem 3...antaranya ecah,ika,zila,iniey,dila,ida,sakinah,ina.ela,anah dan jugak aku!!! alhamdulilah3...majlis tu..tamat pd kul 11.30 malam kalu ekutkan tentatif program..tapi aku dan kwn2..chow pukul 6ptg...time tuh..hujan sgtlah lebat..hahahaha..meredah hujan bagai...sampai payung dh xde kegunaannya lg...angin yang kuat beserta hujan..huh..buat kami basah kuyup.Sampai dekat bilik
 terketar 2 kesejukan...Tapi hari tu merupakan hari bersejarah buat cik Wana..entah dapat ke tidak lg menjejakkan kaki di atas stage sebegitu...doakan Cik Wana yer....semoga berterusan dapat naik pentas..ehehehe....

tada...sempat lg kan....ni lepas solat asar.


sampai ketemu lagi..wslm.

Sunday, December 16, 2012

KESILAPAN DIRI

Assalamualaikum para reader (s)....eceh...gaya mcm blog cik Wana ni pemes la plk..pdahal xde sorang pun nak jenguk..uhukk..xpe...blog cik Wana bukan untuk diwar warkn pun..sekadar curahan hati cik wana saje...bila perasaan cik wana bercmpur baur..sedih,blur ermmm...di sinilah tempat cik wana mengadu...cik wana nak ngadu kat sape lg kan...nak luahkan ke pemili ?? pemili jauh...xde di sisi...

mood : kerinduan  !!
(xpe...xlama da nak balik..sket lg nak final exam..must struggle..cik wana..belum terlmbt lg!chaiyokkk!!kekalkan prestasi anda!!ecehh..bg semangat dekat diri sendiri la plk..ye la..kalu xbg semngat dekat diri sendiri..sape yang nak bg ? kalu dulu arwah abah yang jd pembkar semngat dan sentiasa mencabar anak dia untuk berjaya mcm orang lain..sekrang da xde...k.ana kirimkan alfatihah untuk abah..aminnn~~~semoga rohmu tenang di sana abah)

Nak luah dekat kawan ?? benda2 je...xboleh nak kongsi semuanya..ada buruk dan baiknya...bila cakap pasal kawan la kan..bg cik wana...
Kawan ialah orang yang ada bersama kita time senang je...time bila kita ada bersama mereka...bila kita xde bersama...apa akan jd ? ermm...wallahua'lam...
Sahabat pula...orang yang ade bersama kita..walaupun susah dan senang...walaupun kita xde di sisi dan ada..dia selalu akan menjaga kita walau dari segi mana sekalipun...kan?TAPI KALU DAH TERANG2 SI SAHABAT BUAT SALAH JGN LA NAK TEGAKKAN DIA DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN KAN ??xbaik tu..nasihatilah mereka semampu anda.. haa..yang ni yg perlu kita cari..tapi..bg cik wana la kan...teramat susah sesusahnya nak cari sahabat..ha!!tgk..siap ta'kid lg...xtahu kenapa...lumrah manusia pd zaman sekrang da kot...1000 org kwan 2 3 org je sahabat...susah tu nak jumpa..ehh..berjela jela la plk buat penerangan di sini...hermm..agak susah kan nak jd sahabat ni...insyaAllah..sama2 kita memperbaiki diri kita..supaya jd seorang sahabat yang OK!! bukan KO!!

Berdiam adalah lebih baik...sebab bila dah cakap bnyak ni..mcm2 boleh tekeluar dari mulut tu...dan xpk apa perasaan orang disekeliling..mungkin bg kita itu hnya gurauan..tapi orang lain ?? adakah mereka bolehterima dengan percakapan dan kelakuan kita ?so..jom kita berfikir sejenak.....muhasabah diri sekejap..adakah sikap aku keterlaluan? kalu anda rasa begitu....berubahlah...dengan slow motion..jgn mengejut la plk...nnti ada plk yang fikir bukan2 dan boleh timbulkan fitnah la plk...hermm..masalah lg...dugaan hidup kan..

Kdang2 ku berfikir dan berfikir sejenak...betul la kan...setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...ku dipertunjukkan pelbagai karenah dan ragam..mungkin disebabkan oleh kesilapan ku sendiri...Allah melakarkan begitu adalah sebagai peluang kepada aku supaya aku boleh mengubah dan berubah ke arah yang lebih baik....Xpe..jgn khuatir dan bimbang...kerana bersamaku ada Allah yang maha berkuasa lg maha penyayang.


Love Quotes

Thursday, December 6, 2012

wat should I do ??

Assalamualaikum w.b.t ...di petang yang agak redup semendung suasana hatiku dikala ini. Ntah kenapa..hati aku terasa begitu..sebab ? hermmm..ntah..banyakkk yang bermain dibenak fikiran. Tapi xelok la kan kalu kita bersngka tidak baik..ok..ku mahu betulkan segala yang ku pikirkan kepada positif things!^^

Orite! I want to take sedikit masa aku untuk write n dance di sini untuk exercisekan jemari ku..walaupun minggu ni jemari ni..dah bgitu aktif selalunya..tapi bkan berblog...but dengan kerja2 yang dititipkan oleh para syeikh aku sebagai satu kewajipan yang perlu dijalankan oleh seorang student :)

Hermm...minggu ni..hanya kerja bi yang perlu disiapkan.oke lagi..yang aku takutkan minggu depan!minggu yang penuh dengan cabaran dan rintangan sebelum sampai kepada pusingan final. Huh - - .minggu depan penuh dengan test-test segala bagai. Sesampainya, aku xtahu yang mana satu yang harus capai dan baca. Tapi xpe..lebih kurang sebulan je lagi.untuk aku tamatkan pengajian aku untuk semster ni...so...i must struggle lebih sket la kan...but for dis semester..aku xtahu apa nasib aku...berjaya dengan khabar yang menggembirakan or dengan penyesalan ?? MASIH BELUM TERLAMBAT LG NI cik wana!!! wake up from your sleep n dream!! wake up!! ok....cik Wana nak wake up la ni..^^

Now, i must hafal beberapa point..eh..beberapa tajuk sebagai persediaan test untuk minggu depan..Ya Allah..berikanlah aku kekuatan..permudahkanlah semua hafalanku...tajamkan fikiranku supaya mngingati semua yang aku hafal. Ameen :).

Malam ni..ada stdy group...nak siapkan jugak report bahasa inggeris tuh...hari ahad depan dah nak hntr..harap2..segalanya berjalan dengan lancar. wailalliqa' :)



Love Quotes