Monday, June 20, 2011

TERKENANGKAN ARWAH (MOHD SABRI)

Bismillahirahmanirrahim
~ Al-Fatihah ~
Moga rohmu ditempatkan ditempat org-org beriman..Amin..

Sungguh! sukar aku untuk percaya apabila aku menerima 1 SMS dari rknku yg mengkhabarkan tentang kematian seorang rakan sekelas aku MOHD SABRI ZAKARIA akibat kemalangan .

Aku x tipu...terus air mata mengalir selepas membaca SMS tersebut ..aku harap aku bgun dari mimpi itu..
bru je aku chat dengan beliau :(
namun..itulah kenyataan !!! Semua sudah tertulis..
Arwah sgt baik..dia suka membantu rakan2nye...apabila rakan2nya memerlukannya..termasuk aku

Buat kwn2 yg lain...tabah sabar menerimanya
Allah lebih sygkan dia

Di sini aku sertakan kisah lebih lnjut..tentang kemalangan yg aku dapat dari SINAR HARIAN !

 " Tak sempat hadir konvo "
TUMPAT – Seorang mahasiswa tidak sempat menerima sijil diploma pada hari konvokesyennya, Julai depan, apabila terbunuh dalam kemalangan ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Hutan Jambu di sini, sejurus selepas membeli makanan kucing, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, di Kilometer 2, Wakaf Bharu-Tumpat di kampung Morak mangsa, Mohd Sabri Zakaria, 21, maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta menyebabkan mangsa memasuki jalan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah van.

Kereta terbabit ketika itu berada di bahu jalan, naik ke jalan utama, bagaimana pun motosikal mangsa yang menghala ke Palekbang tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa terlanggar kereta itu.

Bapa mangsa, Zakaria Mohamad, 48, berkata, dia agak sukar menerima kematian anak sulungnya yang meninggal dunia akibat kemalangan kerana ketika menatap jenazahnya di tempat kejadian anaknya seperti sedang tidur.

“Dia meninggal akibat kecederaan dalaman, tiada darah seperti kita lihat di tempat kemalangan lain, saya rasa anak saya itu sedang tidur padahal dia telah pergi untuk selama-lamanya,” katanya.

Menurutnya, arwah baru tamat pengajiannya di Universiti Darul Iman dan perlu menghadiri konvokesyen pada Julai ini.

“Namun kami sekeluarga tidak dapat meraikan hari konvokesyennya itu, kerana dia sudah tiada,” katanya yang berniaga makanan ayam dan burung di Kampung Laut.

Menurutnya, arwah berhasrat untuk bekerja selepas menerima sijil diplomanya itu kerana ingin membantunya menyara keluarga dan adiknya seramai tiga orang.

Menurutnya, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kok Pasir.



org ramai melihat motosikal dan mayat MOHD SABRI


Ini mungkin harimu...entah esok lusa..hari aku plk..wallahua'lam!
moga kamu tenang di sana....kami akan menyusulmu kemudian


sahabat....tinggal kenangan..xmungkin dpt melihatmu di alam ini lg..



Love Quotes

No comments: